Sofia Luqman

Monday, October 5, 2009

Selamat tinggal sayang.....

Coretan terakhir aku disini….

Maafkan diriku….mungkin ini catatan blog aku yang terakhir.... aku telah lama berhubung dengan dirinya….dan selama perhubungan ini terjalin..hatiku amat menyayangi dan merindui dirimu.. saat kau hadir ketika aku keseorangan dan kesepian….dirimu banyak memberi semangat dan kekuatan pada diri ku untuk teruskan kehidupan ini…. Terlalu banyak bicara dan kata-kata semangat darimu untuk ku… kadangkala kita sama-sama ketawa, kadangkala kita merajuk, kadangkala kita saling membenci… kadangkala kita saling cemburu mencemburui…kadangkala kita saling sayang menyayangi…kadangkala kita saling rindu merindui…. Semua itu tinggal kenangan….Pernah aku mencabar kau…yang kau sama seperti lelaki-lelaki lain yang datang dan pergi dari hidupku…. Tapi kau menafikanya…kini kau mengotakan kata-kata itu….

Aku menangis ketika ini…airmata aku tidak dapat aku bendung lagi… untuk kali keduanya aku mengundur diri dari lelaki yang aku amat cintai….kenapa aku yang undur??? …aku tiada jawapan untuk itu….aku tahu hati aku sudah mula mencintai dirimu… aku tahu aku hanya mengejar bayangan cinta mu Aku mahukan seseorang insan yang mencintai diriku… agar aku dapat disayangi dan dicintai selama-lamanya… aku pernah jatuh dari kehidupan dahulu…. Aku tidak mahu ianya menjadi kali kedua…. Bila aku rindu… gambar mu mengubat kerinduan dan ayat-ayat rindu mu menjadi tatapan diriku…tapi itu semua telah aku musnahkan dari simpanan fail ku….tiada lagi yang aku simpan dan aku tidak mahu mengingati dirimu lagi….

Maafkan diriku… untuk aku teruskan hidup keseorangan amat payah… aku perlu sedia apa jua yang datang menduga diriku… aku kena hadapinya… segala kenangan kau dan aku amat payah lupakan…biarlah masa yang menentukannya….

Andai kau membaca catatan blog aku… aku ikhlas menyayangi, merindui dan mencintaimu sepenuh hatiku….aku mohon seribu kemaafan kepada mu… sepanjang perhubungan aku dan kau .. aku tau kau terbaik tapi tidak diri aku…..

Ya Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Mengasihani…
berikan aku kekuatan untuk menghadapi kehidupan yang mendatang…
aku hamba yang lemah…padaMu aku berserah…

Aein Sofia

05 Oktober 2009



posted by Sofia Luqman at 4:45 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home