Sofia Luqman

Tuesday, August 25, 2009

Kejujuran....

Jujur mengaku salah? Mengaku melakukan kesilapan? Merendah diri mohon ampun. Mengaku dulu!

Yea, semua salah saya, saya mengaku dan saya janji tidak akan sentuh personal awak, tapi yang pasti saya tidak suka awak dan saya bukan kawan awak. Itu sahaja. I PROMISE

Setulus hati saya memohon seribu kemaafan dari awak..Apa kata-kata saya tadi lupakan. Saya tidak kenal diri awak. Saya tak bermaksud untuk menghina pun. Saya betul-betul tidak tahu. Saya yang salah..saya mohon maaf kalau selama ini ada kata-kata kasar yang saya tujukan pada awak..saya anggap gurauan sahaja.

Terima kasih sebab mempersendakan anak-anak yatim piatu. Nak maafkan apa? Awak dah terkata pun tadi, awak hina anak-anak yatim piatu, awak kutuk kami yang tiada mak tiada bapa tiada saudara mara. Besar sangat kehinaan awak pada golongan kami anak-anak yatim piatu ini. Terima kasih banyak-banyak. Memang saya sedih sangat-sangat dengan kata-kata awak petang ini. Yea memang saya anak yatim piatu, tiada bermak dan berbapa, saya sebatang kara , tak ada siapa-siapa dalam hidup saya. Tak ada adik beradik kandung pun. Hanya kawan-kawan dan adik-adik di tempat jagaan anak-anak yatim. Memang saya dihantar ke sekolah pondok bukan sekolah menengah glamour-glamour macam awak. Yea! Semua itu saya. Awak hina saya, awak kutuk saya serendah-rendahnya. Awak bayangkan awak bernasib macam saya. Awak tak bersedih ke bila orang hina kutuk-kutuk awak macam itu? Awak hina kami anak-anak yatim piatu ini kan? Awak hina kami sekolah pondok ini kan? Macam awak itu dah hebat sangat-sangat? Awak tak tahu nanti apa balasan buat orang riak takbur sombong bongkak macam awak ini. Awak tunggukan je yea. Sampainya hati awak kata saya macam itu kan? Sebab apa ini berlaku, sebab awak tak pernah nak ambil tahu pun selama ini. Awak buat saya macam ini. Awak kata yang bukan-bukan tentang saya. Awak tak menyesal ke lepas kata-kata saya macam itu sama sekali?? Awak tak patut. Bertaubatlah awak tambah-tambah lepas awak dah hina anak-anak yatim. Gelak lah awak di atas keaiban orang lain… Awak gembira ya? Sedih dan hiba betul saya hari ini. Tak pernah ada orang kutuk saya anak yatim piatu tau tak? Awak dah hina saya. Sekarang awak nak apa lagi? Saya anak yatim piatu, apa yang awak mahu kutuk? Awak nampak sangat tidak tahu bersyukur dengan apa ALLAH dah berikan.

Awak, saya mohon kemaafan pada awak jika selama saya sms dengan awak mungkin gurauan saya melukakan hati awak. Saya tidak terniat untuk mempermainkan diri awak. Hati saya selalu sangat dipermainkan. Awak memang terbaik tapi tidak pada diri saya. Jika ada kekurangan pada diri saya tegur lah. Insyallah saya cuba perbaiki. Saya memang tidak mahu mempunyai kawan seperti awak sebab saya tahu kelemahan diri saya. Hidup sendirian banyak dugaan yang perlu saya tempuhi. Gudnite…Salam

Okaylah kalau awak tak mahu maafkan saya, saya memahaminya..semua ini salah saya. Bye..

posted by Sofia Luqman at 7:19 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home