Sofia Luqman

Monday, October 5, 2009

Selamat tinggal sayang.....

Coretan terakhir aku disini….

Maafkan diriku….mungkin ini catatan blog aku yang terakhir.... aku telah lama berhubung dengan dirinya….dan selama perhubungan ini terjalin..hatiku amat menyayangi dan merindui dirimu.. saat kau hadir ketika aku keseorangan dan kesepian….dirimu banyak memberi semangat dan kekuatan pada diri ku untuk teruskan kehidupan ini…. Terlalu banyak bicara dan kata-kata semangat darimu untuk ku… kadangkala kita sama-sama ketawa, kadangkala kita merajuk, kadangkala kita saling membenci… kadangkala kita saling cemburu mencemburui…kadangkala kita saling sayang menyayangi…kadangkala kita saling rindu merindui…. Semua itu tinggal kenangan….Pernah aku mencabar kau…yang kau sama seperti lelaki-lelaki lain yang datang dan pergi dari hidupku…. Tapi kau menafikanya…kini kau mengotakan kata-kata itu….

Aku menangis ketika ini…airmata aku tidak dapat aku bendung lagi… untuk kali keduanya aku mengundur diri dari lelaki yang aku amat cintai….kenapa aku yang undur??? …aku tiada jawapan untuk itu….aku tahu hati aku sudah mula mencintai dirimu… aku tahu aku hanya mengejar bayangan cinta mu Aku mahukan seseorang insan yang mencintai diriku… agar aku dapat disayangi dan dicintai selama-lamanya… aku pernah jatuh dari kehidupan dahulu…. Aku tidak mahu ianya menjadi kali kedua…. Bila aku rindu… gambar mu mengubat kerinduan dan ayat-ayat rindu mu menjadi tatapan diriku…tapi itu semua telah aku musnahkan dari simpanan fail ku….tiada lagi yang aku simpan dan aku tidak mahu mengingati dirimu lagi….

Maafkan diriku… untuk aku teruskan hidup keseorangan amat payah… aku perlu sedia apa jua yang datang menduga diriku… aku kena hadapinya… segala kenangan kau dan aku amat payah lupakan…biarlah masa yang menentukannya….

Andai kau membaca catatan blog aku… aku ikhlas menyayangi, merindui dan mencintaimu sepenuh hatiku….aku mohon seribu kemaafan kepada mu… sepanjang perhubungan aku dan kau .. aku tau kau terbaik tapi tidak diri aku…..

Ya Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Mengasihani…
berikan aku kekuatan untuk menghadapi kehidupan yang mendatang…
aku hamba yang lemah…padaMu aku berserah…

Aein Sofia

05 Oktober 2009



posted by Sofia Luqman at 4:45 PM 0 comments

Saturday, October 3, 2009

Terlerai satu perhubungan...

TAHNIAH...
akhirnya kau menemui teman hidupmu...
terima kasih kerana kau memahami diriku...kau dan aku sekadar teman gurauan selama ini..... cinta itu hadir bila ada keikhlasan dari dirimu...tapi tidak dari diriku...detik hati kecil ku menyatakan diri mu itu hanya kawan... masih terus berhubung atau memutuskan terus persahabatan diri aku dan kamu... terpulang pada mu... aku doakan kau menemui kebahagiaan abadi di atas perkahwinan mu.... hari demi hari kau membilang tarikh perkahwinan mu... kenapa kau sering menyatakan kekeliruan...itu gadis pilihanmu...terima dirinya seadanya dan seikhlas hatimu....
Aku??? sedih terpaksa menyepi terus dari hidupmu...andai kata dirimu dalam kecelaruan dan gusar...aku ada untuk mendengar luahan hati mu.....selamat tinggal teman...
Perkahwinan satu ikatan suci...

Aein Sofia/Mus p.s.k.l
posted by Sofia Luqman at 6:58 AM 1 comments

Wednesday, September 23, 2009

Kehilangan

makin lama ingatan aku kepada dirinya makin pudar....
memang aku cuba mengikis kenangan indah bersama dirinya
biarlah dia berlalu pergi....
moga ingatan dia dan aku terhapus sudah buat selama-lamanya.....
Ya Allah... berikan aku kekuatan....

Labels:

posted by Sofia Luqman at 5:58 PM 0 comments

Thursday, September 17, 2009

......Kemaafan adalah kemanusiaan, Kasih sayang adalah perasaan, Kesedaran asas kesenangan, Kezaliman lambang keperibadian, Keimanan itulah kecantikan... Harta yg paling menguntungkan adalah sabar, Teman yang paling akrab adalah amal soleh, Pengawal peribadi yang paling waspada ialah diam, Bahasa yang paling manis adalah senyum, Ibadah yang paling indah adalah khusyuk...

....ramadan berakhir syawal bermula...
pergi dirinya takan kembali.....
rindu pada kenangan dahulu....
tika ini aku menangis...
tinggalan pusara untuk aku ziarahi...

Aein Sofia
1 syawal 1430
posted by Sofia Luqman at 10:48 PM 0 comments

Sunday, September 13, 2009

Teman

Sejak mula pertemuan itu
Hati melonjak terkenangkanmu
Tiap detik ku mengharapkan
Panggilan rindumu sayang

Apa kau rasa yang ku rasakan
Mungkin ini satu permulaan
Biarlah mawar terus bersemi
Mekar harum mewangi

Takku menduga
Cinta yang ku cari selama ini
Dikaburi wajah-wajah yang tiada
Ertinya sayang

Hadir di sisi
Tanpa harap belas dan perhatian
Namun kau pasti hadir di situ
Saat ku perlukan

Jangan hirau cerca dan hinaan
Kita teman yang tak sehaluan
Bukti kasih dan keikhlasan
Mengikat hatimu hatiku

Hadir di sisi
Tanpa harap belas dan perhatian
Namun kau pasti hadir di situ
Saat ku perlukan

Kau teman.........

Aein Sofia/Brian Iskandar
posted by Sofia Luqman at 10:53 PM 1 comments

Sunday, September 6, 2009

Ketenangan....


Labels:

posted by Sofia Luqman at 7:28 PM 0 comments

Saturday, September 5, 2009

Keikhlasan....

….Sejujur-jujurnya hati saya mula menyayangi diri awak tapi kenapa tiada diberi ruang untuk saya menyayangi diri awak. Kenapa??? Adakah diri saya tidak sempurna di hati awak. Saya boleh belajar memperbaiki kesilapan diri saya untuk sempurna di mata awak walaupun hanya ada ruang kecil di hati awak menerima cinta saya…

….Tidak salah saya menyukai, menyayangi dan mencintai seseorang tanpa pengetahuannya… manusia dianugerahkan Allah s.w.t. dengan hati dan perasaan…itu hak masing-masing, saling memiliki perasaan untuk menyintai dan dicintai…seperti diri saya….berpeluang meluahkan tapi terpulang pada awak samada menerima ataupun tidak…Sesungguhnya rezeki, jodoh, pertemuan, ajal , maut dan segalanya ketentuan-NYA….

Aein Sofia

15 Ramadan 1430/5 September 2009

Labels:

posted by Sofia Luqman at 3:19 PM 0 comments