Sofia Luqman

Friday, August 28, 2009

Dia...

“Gudnite”…. Last kiriman mesej terakhir aku terima daripada dia….sekarang dia seperti menyepikan diri atau merajuk…aku sendiri tak pasti..kekadang aku sendiri tertanya-tanya apa salah aku sebenarnya kepada dia…dia ada bertanya kenapa aku , aku selalu nak mulakan
sakiti hatinya…jawapan aku mudah…”aku bukan kawan dia dan aku tidak suka dia”… di sebalik erti lain aku tidak pasti… dulu aku selalu disakiti oleh dia tapi aku terima sebab aku jenis tak kisah dengan apa yang dia katakan…malas nak berat kepala memikirkan kata-kata dia….hati aku degil…dia beri tunai aku bayar tunai…lagipun aku sendiri tidak mahu berkawan dengan dia…dia yang beria-ia nak jadikan aku kawan… kenapa aku tolak diri dia jadi kawan aku???? sebab aku tahu status diri aku….aku tak layak punya kawan macam dia yang penuh EGO

..…kenapa aku dan dia bertengkar setiap kali berbalas mesej…ada sahaja topic kecil nak di perbalahkan atau diperdebatkan…aku degil dia pun degil…masing-masing nak tunjuk kehebatan diri… ada kala ejek mengejek dengan kata-kata seperti budak2 darjah 6…tapi akhirnya aku yang beralah…..mana taknya perkara remeh temeh pun jadi isu…pelikkan kenal diri dia yang semuanyer pelik…

”kawan tapi tak suka dan sangat-sangat tak suka” “kekasih tapi tak suka sangat-sangat amat sangat-sangat tak suka” …..ayat-ayat digunakan setiap kali bertengkar…macam mana boleh timbul perkataan itu aku sendiri tak pasti….. apa erti kawan tapi tak suka… walhal kita berkawan maknanya kita suka kan!!!…aku dan dia selalu mencipta sesuatu perkataan yang tak logic di akal…..

“misteri”….aku tak kenal personal dirinya…dia pun tak kenal personal diri aku… dan sehingga ke hari ini…dia terus menyepi……biar laaa….aku iringi doa setiap solat ku agar dia bahagia, selamat, sejahtera dirinya, mendapat kedudukan yang tinggi dalam jawatannya…

”biar aku tiada siapa agar dia menjadi sesiapa”


Aein Sofia
26 Ogos 2009 Jam 12.30 a.m

Labels:

posted by Sofia Luqman at 10:02 PM

1 Comments:

erm... sabar je la... salam ramadhan yang penuh keberkatan... ;)

August 30, 2009 at 10:35 AM  

Post a Comment

<< Home