Sofia Luqman

Saturday, August 8, 2009

34 tahun hari ini genap usia aku. Terasa pantas masa berlalu. Banyak kenangan manis dan pahit dugaan hidup aku tempuhi. Perjalanan satu kehidupan yang aku sendiri tidak pasti penghujungnya dengan kegembiraan atau kedukaan. MATI itu perjalanan terakhir hidup seorang insan kerdil seperti aku. Apabila aku renungi kembali apa yang aku miliki sekarang, aku amat mensyukuri kepada Maha Berkuasa atas segala impian aku menjadi kenyataan. Berapa kali aku jatuh tapi aku masih lagi berdiri dengan kejayaan. TERIMA KASIH . Banyak kedukaan telah aku terima dan banyak limpahan airmata membasahi pipiku kerana kecewa. Tapi aku tabah kerana setiap kedukaan itu adalah memberi pengertian sebenar tentang kehidupan.

Setiap tahun kelahiran aku, amat aku syukuri kerana aku masih lagi boleh bernafas dan menjalani kehidupan yang aku mahukan. Setiap kucupan yang singgah ke pipi dan dahi aku amat aku hargai dari orang-orang tersayang berserta ucapan kegembiraan untuk aku. Aku tidak mahu disambut seperti insan lain yang menyambut dengan potongan kek, tapi aku gemar disambut hanya dengan ucapan seikhlas hati daripada semua insan-insan yang aku sayang. Doa mereka amat memberi kenangan terindah yang tidak dapat diluahkan melalui wajah tapi hati berbisik kegembiraan yang amat amat gembira. Sukar digambarkan kerana hati tiada wajah.

Aku menunggu ucapan daripada dia. Masihkah ada kenangan aku pada hatinya? Kenapa dia terus lenyapkan dirinya pada aku. Aku tidak menolak cinta dia tapi aku perlu sedikit ruang untuk bersendirian. Kenapa dia terus menyepi. Merajuk kah dia kepada diri aku? Dan hingga kini aku masih menunggu…menunggu…menunggu…

Aein Sofia
08 Ogos 2009

Labels:

posted by Sofia Luqman at 12:54 AM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home