Sofia Luqman

Friday, August 14, 2009

Diam...kau menghukum diriku

DIAM….seperti kata-kata, di dalam diam juga ada kekuatan. Diam boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain…

DIAM juga memunjukkan perasaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya ‘ruang’…Keterlaluan jika seharian kita sudah biasa menasihati, mengatur dan mengkritik, lalu sesekali kelukan lidah daripada mengeluarkan sebarang bicara tanda kita mencintai dirinya.

Tanpa sedar anda sering memberikan penilaian negative terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang anda sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya pada kita…Hadiahkan tanggapan yang positif, nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cuba ingat, berapa kali dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya untuk anda? Pernahkan anda memujinya?

SEDIA MENGALAH…tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. Apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan hebat. Seharusnya anda perlu pertimbangkan apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan sesuatu persoalan.????

Apabila anda memikirkan hal ini bermakna anda sudah bersedia untuk memberikan cenderhati kepadanya kerana sedia mengalah.

Anda tentu akan berasa kesal atau marah jika si dia tidak menepati janji… tetapi jika kesalahan itu dilakukan kali pertama, mengapa ia dijadikan punca pertengkaran sehingga berlarutan????

Kesediaan untuk mengalah juga dapat melunturkan rasa sakit hati dan menyedarkan diri tidak ada satu pun manusia yang sempurna di dunia ini…

Aein Sofia/Lan p.s.k.l.
posted by Sofia Luqman at 8:32 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home