Sofia Luqman

Friday, August 14, 2009

Kebenaran Atau Kebencian????

Terima kasih kerana sudi membalas sms saya..Ingatkan senyap terus je. I’s ok. I faham apa itu erti kawan bagi awak. Kawan jenis datang dan pergi bila suka-sukakan. Anyway nak wish u happy birthday. Semoga sukses selalu

Sebenarnya saya saja bagi ruang pada awak untuk awak selesaikan masalah awak dengan tenang tanpa gangguan sms saya, itu cara saya, memang kawan datang dan pergi dan saya selalu jumpa. So dah faham sangat adat berkawan takut sebelah pihak cemburu.

Ntahlah pendapat awak totally berbeza dengan saya, bagi saya biar kawan beribu musuh jangan di cari nak berkawan tak salahnya. Peduli apa siapa-siapa nak jeleous pun. Yang penting kepercayaan dan kejujuran. Jujur ikhlas pada diri sendiri dulu baru fikir orang lain. Setakat ini tak pernah saya menilai dan membeza-bezakan kawan pun. Dengan semua orang saya buat kawan.

Memang pendapat orang amat berbeza. Hak diri masing-masing.

Masalah saya sekarang pun memang dah selesai. Saya akhirnya putuskan je hubungan dengan perempuan itu, tak tahan nak ikut rentak cara dia. Susahkan hidup saya je. Macam-macam je hal yang kecil-kecil jadi besar.

Bukan saya tak ada kawan lain. Baik lah saya mencuba hubungan yang baru je dari teruskan dengan dia yang ternyata banyak menuntut kesabaran yang banyak yang saya rasa saya tak mampu dan dia bukan orangnya yang saya patut pilih. Biarlah dia dengan cita-cita dan hidupnya. Saya pun dah tak mahu fikir-fikirkan lagi. Semuanya dah tamat buat saya.

Kalau tak ada dugaan takan bererti sebuah kehidupan. AWAK kan EGO.

Tak kisahlah apa awak nak kata. EGO? Awak tak ada ego? Semua orang ada ego masing-masing. Tapi tak nampak dan tak terserlah terang-terangan je. Bohong kalau awak kata selama ini awak hidup tanpa EGO.

Kenapa pula saya perlu EGO? Saya tak perlu EGO kan diri.

Awak pembohong paling terbesar dalam dunia bila cakap macam itu. Itu pun dah menunjukkan EGO awak tapi awak tak sedar.

Apa perlu lagi saya kupas keegoan awak. Perlu saya huraikan lagi satu persatu?

Saya cuma tak nak nanti awak menitiskan air mata di harijadi awak je. Cukup la buat kali ini. Sign Off. Bye. Hepi birthday 2u.

Apa awak dah terlupa saya pernah buat awak menitis airmata? Mana EGO awak sewaktu itu, Ada? Tiada? Tapi sebelum awak menangis banyak mana ego awak dah keluarkan?

Saat awak berpisah dengan suami? Ada awak tunjukkan kesedihan awak? Tiada kan? Awak seboleh-bolehnya sembunyikan. Itu bukan EGO? Bohong kepada orang dan diri sendiri. Bukan EGO?

Anak awak sakit. Awak ada berhenti berikhtiar demi anak awak? Tidak kan? Kenapa tidak? Awak bertekad mahukan anak awak sihat kan? Awak nak melawan yang mustahil. Kalau bukan disebabkan EGO ada awak biarkan anak awak begitu sahaja?

Saya tak suka meluahkan masalah saya. Itu cara saya.

Pembohong besar. Di sini pun awak dah EGO terang-terangan. Awak tak nak cerita masalah awak. Sebab apa? EGO AWAK. Awak ini hidup dalam penuh EGO.

Awak sanggup berpisah. Sanggup tak di bayar nafkah sebab awak kata awak boleh sara anak sendiri. Awak tak sedar ke itu juga unsur-unsur EGO? Jikalau awak seorang yang bermuhasabah diri adakah awak sedar tentang kepayahan kesusahan yang telah awak lalui dan akan awak lalui selepas ini, tapi awak telah pun ada ketapan dan pendirian awak sendirikan? Atas dasar apa? EGO juga lah yang buatkan awak berfikir semua itu.

“Anak saya is anak saya, org lain hanya tau kata kasihan” EGO AWAK berkata macam itu. Padahal orang lain mencurahkan simpati kepada anak awak dan bukan kepada awak. Yang awak nak terasa sangat untuk apa? Awak ego tak kena tempat.

Awak menafikan kejadian wanita? Bosannya dengan manusia yang EGO MACAM AWAK. Saya memang suka orang yang kuat semangat macam awak ini , tapi jangan lah menunjukkan EGO AWAK bukan kena pada tempatnya.

Itulah kupasan EGO AWK. Awak tak tahu berpegang pada reality kehidupan. Awak tak faham dengan kitaran dan takdir hidup ini. Awak nak menentang semua yang tersurat dan tersirat. Semata-mata disebabkan EGO AWAK. Saya tau awak tabah, kuat tapi EGO AWAK memang tersedia ada dalam diri awak itu.

“EGO saya hak saya pendirian hidup saya”. Kata-kata awak ini jelas sudah menunjukkan awak berpegang kepada paksi KEEGOAN.

“Saya selalu fikir kalau saya susah pasti ada orang yang lebih susah daripada saya”. Apa awak fikir awak sorang sahaja fikir macam itu? Orang lain fikir yang lain?. EGONYA AWAK.

Saya mengupas EGO awak atas permintaan dan hajat awak. Kenapa? Awak pulak yang EMO dan EGO melambung?

Sekarang saya nak tanya awak..tahap EGO dan EMO awak dah sampai mana? Mustahil awak tak ada rasa apa-apa sebab jika awak kata awak masih lagi tersenyum maknanya EGO AWAK tahap tertinggi ketika ini.

Saya mengaku saya tak pandai memujuk. Sebab saya mengaku kerana saya takut keadaan akan menjadi lebih teruk. Saya ego demi nak menjaga hubungan saya, tapi jika keadaan memerlukan, saya lebih rela melepaskan hubungan yang menuntut kerja keras dari saya saja. Sedangkan org lain tak pernah nak mengambil peduli pun.

Saya tak menyalahkan dia. Dia dah memberikan yang terbaik dan termampu. Saya yang tak cukup baik buat dia. Saya yang bersalah biar dia cari yang lebih baik. Saya doakan kehidupan yang terbaik buat dia.

Saya mengaku saya ada ego bila bercakap tentang hubungan. Saya simpan pesanan orang-orang tua. Pastikan wanita yang kita pilih buat pasangan itu yang terlebih dahulu mencintai kita daripada kita mencintai dia dulu. Sebab cinta wanita apabila sekali mencintai lelaki itu nescaya akan membawa ke mati walaupun akan berpisah tetap ingatan wanita itu dan sayangnya takan sama kepada lelaki-lelaki lain selepasnya.

Saya serahkan pada dia buat lah keputusan yang wajar dan paling betul dan baik selepas ini. Saya tak nak mengharap pada yang sekadar nak menjadikan saya tempat suka-suka. Dari segi kewangan saya amat-amat berkemampuan, apa saya nak takut berbini 2,3, 4 sekalipun. Tapi saya tak nak salah memilih. Hidup bukan untuk ujikaji berulang-ulang kali. Kahwin bukan untuk banyak-banyak kali lepas gagal dan gagal.

Aein Sofia/Lan p.s.k.l.

posted by Sofia Luqman at 8:19 PM

0 Comments:

Post a Comment

<< Home